Perhatian kepada semua SU LDP PPD Pasir Puteh.
Assalamualaikum wr wb. Memandangkan kekangan masa yang terlalu suntuk, situasi cuaca yang tidak menentu dan juga pertembungan dengan kursus-kursus lain, maka kursus yang kita rancang di Bukit Keluang Beach Resort pada hujung minggu ini terpaksa kita tunda kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan nanti. Terima kasih. Wassalam
Ab Hadi Sulaiman
Pen. Pegawai Pelajaran Daerah (Teknik & Vokasional)
Saturday, November 7, 2009
Wednesday, November 4, 2009
Sekitar Kursus Peningkatan Profesionalisme SU LDP PPD Pasir Puteh

Dari kiri: Sabri, Ramli, Wan Sabri (JU), Azmi, Zulkifli, Ramli & Razak (Penghulu)






KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME UNTUK SU LDP PPD PASIR PUTEH DI HOTEL GRAND CONTINENTAL KUANTAN PAHANG
Buat julung kalinya Unit LDP PPD Pasir Puteh telah menganjurkan Kursus Peningkatan Profesionalisme Untuk Setiausaha LDP Sekolah-Sekolah dalam PPD Pasir Puteh. Kursus ini di adakan di Hotel Grand Continental Kuantan - pada 26 - 28 hb Okt 2009. Rombongan kami bertolak dengan bas - bertolak dari P.Puteh jam 11 pagi dan sampai tepat jam 3.30 petang. Seramai 52 orang SU LDP (menengah dan rendah) terlibat dalam program ini. Pada keseluruhannya kursus ini amat berjaya dan berjalan lancar. Sesungguhnya amat banyak sekali input-input terkini lagi berguna dapat ditimba dalam program ini khasnya bagi memantapkan lagi pengurusan LDP untuk tahun 2010. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Penyalaras LDP PPD Pasir Puteh, En Ab Hadi b Sulaiman (Pen. Pegawai Pelajaran Daerah - Teknik & Vokasional) yang telah bekerja keras dan bertungkus lumus untuk menjayakan program ini. Juga ucapan terima kasih kepada barisan jurulatih utama, YM Tuan Silmi, En Wan Sabri, YM Tuan Rahman, En Sharipudin, kak Sara Arija dan Kak Nor kerana banyak memberi tunjukajar kapada kami. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada Penolong Penyalaras LDP PPD Pasir Puteh, Tn Hj Mat Kait Abdullah dan En Zakaria Mat Salleh, serta barisan urusetia Tn Hj Ramli dan En Ridzuan. Pihak kami juga merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan hotel atas kerjasama yang diberikan. Thanks 4 u all. Wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)