I made this widget at MyFlashFetish.com.

Kursus SU LDP PPD Pasir Puteh - Grand Continental Pahang

Saturday, November 7, 2009

UNTUK PERHATIAN SEMUA SU LDP

Perhatian kepada semua SU LDP PPD Pasir Puteh.

Assalamualaikum wr wb. Memandangkan kekangan masa yang terlalu suntuk, situasi cuaca yang tidak menentu dan juga pertembungan dengan kursus-kursus lain, maka kursus yang kita rancang di Bukit Keluang Beach Resort pada hujung minggu ini terpaksa kita tunda kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan nanti. Terima kasih. Wassalam

Ab Hadi Sulaiman
Pen. Pegawai Pelajaran Daerah (Teknik & Vokasional)

Wednesday, November 4, 2009

Sekitar Kursus Peningkatan Profesionalisme SU LDP PPD Pasir Puteh

Barisan SU LDP - sempat bergambar kenangan di luar dewan Grand Continental
Dari kiri: Sabri, Ramli, Wan Sabri (JU), Azmi, Zulkifli, Ramli & Razak (Penghulu)
Barisan urusetia & penyalaras LDP PPD - dari kiri; En Zakaria, En hadi, Tn Hj Mat Kait & En Razak (penghulu) Manakala Kak Nor (JU) sedang menyampaikan ceramahnya.
Peserta kursus (SU LDP) sedang khusuk mendengar ceramah


Kak Ja & Kak Nor (JU) bertungkus lumus menyediakan modul untuk disampaikan kepada peserta

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME UNTUK SU LDP PPD PASIR PUTEH DI HOTEL GRAND CONTINENTAL KUANTAN PAHANG

Buat julung kalinya Unit LDP PPD Pasir Puteh telah menganjurkan Kursus Peningkatan Profesionalisme Untuk Setiausaha LDP Sekolah-Sekolah dalam PPD Pasir Puteh. Kursus ini di adakan di Hotel Grand Continental Kuantan - pada 26 - 28 hb Okt 2009. Rombongan kami bertolak dengan bas - bertolak dari P.Puteh jam 11 pagi dan sampai tepat jam 3.30 petang. Seramai 52 orang SU LDP (menengah dan rendah) terlibat dalam program ini. Pada keseluruhannya kursus ini amat berjaya dan berjalan lancar. Sesungguhnya amat banyak sekali input-input terkini lagi berguna dapat ditimba dalam program ini khasnya bagi memantapkan lagi pengurusan LDP untuk tahun 2010. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Penyalaras LDP PPD Pasir Puteh, En Ab Hadi b Sulaiman (Pen. Pegawai Pelajaran Daerah - Teknik & Vokasional) yang telah bekerja keras dan bertungkus lumus untuk menjayakan program ini. Juga ucapan terima kasih kepada barisan jurulatih utama, YM Tuan Silmi, En Wan Sabri, YM Tuan Rahman, En Sharipudin, kak Sara Arija dan Kak Nor kerana banyak memberi tunjukajar kapada kami. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada Penolong Penyalaras LDP PPD Pasir Puteh, Tn Hj Mat Kait Abdullah dan En Zakaria Mat Salleh, serta barisan urusetia Tn Hj Ramli dan En Ridzuan. Pihak kami juga merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan hotel atas kerjasama yang diberikan. Thanks 4 u all. Wassalam.